KUANTAN 19 Sept. – UMNO tidak boleh memandang mudah trend keluar parti dalam kalangan pucuk kepemimpinan dan ahli Parlimennya yang boleh menjejaskan imej parti berkenaan. SHAHANIZA SHAMSUDDIN Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, UMNO perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan imej parti tersebut. “Janganlah kesetiaan kami di akar umbi ini dipandang remeh. Janganlah ada yang memberi pelbagai alasan mudah untuk meninggalkan perjuangan yang sekian lama menjadi wadah…










