Amanah Perak bantu kempen Anwar di PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

Amanah Perak bantu kempen Anwar di PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak akan menghantar jentera bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, 13 Oktober ini. 

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan pimpinan Amanah negeri khususnya berkaitan jumlah anggota parti yang bakal digerakkan ke PRK tersebut. 

“Amanah Perak akan bantu Anwar di Port Dickson tetapi banyak mana kekuatan itu kita akan bincanglah nanti. Kita juga menyokong PRK ini berdasarkan keputusan yang dibuat komponen kita (PKR),” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 20 September lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood mengumumkan 13 Oktober sebagai tarikh pengundian PRK Port Dickson, manakala penamaan calon akan dibuat pada 29 September ini, dengan tempoh kempen selama 14 hari. 

Mengulas keputusan Barisan Nasional memboikot PRK itu, beliau berkata, ia bukan menjadi masalah kepada Pakatan Harapan kerana mana-mana parti  berhak menentukan hala tuju masing-masing.

“Ini negara demokrasi.  Siapa nak masuk, masuk. Siapa nak boikot, boikot. Kalau mereka sendiri rasa tak menang pun nak masuk buat apa,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini