Amalan politik gelojoh, tidak sabar - Utusan Malaysia

Amalan politik gelojoh, tidak sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Sept. – PKR boleh digambarkan sebagai sebuah parti ‘gelojoh dan tidak sabar’ apabila mengumumkan kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil (PRK) khusus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam masa sama sistem demokrasi negara ini bagaikan diperlekeh dan diperolok-olok memandangkan pendekatan itu diambil demi agenda keluarga dan peribadi seorang individu semata-mata.

“Dulu pada 2008 sudah berlaku, kemudiannya Langkah Kajang sekarang Port Dickson pula. Malaysia Baharu macam mana kalau amalkan budaya politik gelojoh dan tidak sabar.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah kata beliau akan jadi Perdana Menteri selama dua tahun tahun sahaja. Sekarang baru tiga bulan lebih, sudah memaksa rakyat melalui pilihan raya sekali lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-59, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal mengumumkan peletakan jawatan beliau semata-mata bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN