MELAKA 25 Sept. – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (PAUiTM) sebentar tadi mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Mohd. Rafiq Naizamohideen di pejabatnya di Seri Negeri di sini. Kunjungan seramai lapan anggota itu diketuai oleh Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan bagi bertemu dengan Mohd. Rafiq yang juga merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004 dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Dalam…










