HULU TERENGGANU – Sebahagian daripada 8,000 Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara didapati tidak aktif selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, kekeliruan dalam kalangan akar umbi berikutan perubahan kerajaan Persekutuan pasca PRU-14 dikenalpasti sebagai punca utama kira-kira 15 peratus KRT dan SRS yang terdapat di…










