ALOR SETAR 2 Sept. – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah merampas pelbagai jenis rokok putih dan rokok kretek tidak bercukai bernilai lebih RM 1.749 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lavender, Jalan Lencong Barat, di sini, petang semalam. Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam, ASP Mohd. Khairi Abdullah berkata, rampasan kira-kira pukul 5 petang itu berdasarkan maklumat awam dan risikan mengenai sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok…