SEPANG – AirAsia menerima pengiktirafan kedua daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai syarikat penerbangan pertama memperkenalkan teknologi pengecaman wajah di Malaysia untuk inovasi terkininya, Fast Airport Clearance Experience System (FACES). Dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh AirAsia, FACES adalah sistem pengecaman wajah dengan pintu perlepasan sendiri. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporats), Aireen Omar, sistem tersebut menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti tetamu yang telah…










