Aiman Tino semakin stabil - Utusan Malaysia

Aiman Tino semakin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept.- Keadaan penyanyi popular, Aiman Tino yang dimasukkan ke hospital setelah demam panas semalam semakin stabil.

Aiman berkata, dia datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah tekaknya bengkak namun terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut secara tiba-tiba.

“Sebenarnya saya dah lama sakit perut tapi silapnya, saya anggap itu cuma sakit biasa. Bila masuk hospital perut saya sakit dan terus doktor masukkan ke wad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebentar tadi doktor membuat rawatan endoskopi bagi melihat keadaan usus. Sekarang saya sedang menunggu keputusan. Insha- Allah, harap semuanya baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aiman mengakui sikap acuh tak acuh dalam menjaga pemakanannya turut menjadi kemungkinan usus membengkak dan perutnya sakit.

“Kadang-kadang saya balik persembahan tengah malam dan tak sempat untuk makan kerana keletihan. Malah, saya juga kerap makan makanan segera. Itu silap saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini