Aiman Tino mohon maaf - Utusan Malaysia

Aiman Tino mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Aiman Tino terpaksa memohon maaf apabila menolak beberapa tawaran persembahan kerana masih menerima ra­watan sejak dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu akibat radang usus.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusry, 20 berkata, kira-kira tiga tawaran persembahan sekitar Kuala Lumpur dan Johor telah ditolak disebabkan masalah kesihatannya.

“Saya memohon maaf kerana tahap kesihatan tidak mengizinkan. Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan yang terbaik kelak.

“Saya juga sudah tidak sabar untuk menjalani kehidupan seperti biasa termasuk melakukan aktiviti seni untuk menghiburkan peminat,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN