KAJANG – Dua ahli kongsi gelap Geng Devan 360 dan Geng Spider 08 ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Naqsyabandiah di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 1 pagi itu apabila sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Semenyih terserempak dengan sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Porsche Cayenne yang dinaiki dua lelaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggotanya cuba menahan kenderaan itu selepas…










