ADUN Chenderoh cedera kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

ADUN Chenderoh cedera kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 28 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor cedera setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 329, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, Zainun, 62, sedang menerima rawatan dan dalam pemerhatian di wad kecemasan Hospital Tapah.

Katanya, dalam kemalangan itu, pemandu Proton Exora berusia 46 tahun cedera ringan manakala pemandu lori berusia 33 tahun tidak cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur membawa muatan batu forselin itu hilang kawalan lalu terbabas di tengah lebuh raya sebelum dilanggar dua buah kenderaan lain termasuk kereta Honda CRV dipandu Zainun.

“Ketika kejadian, dua buah kereta yang terlibat itu dipercayai dalam perjalanan ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat seramai 10 orang mangsa lain di dalam dua buah kereta tersebut sedang menerima rawatan di Hospital Tapah namun tidak mengalami kecederaan serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini