BANDAR BAHARU – Peniaga yang masih tidak memahami tentang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dipercayai menjadi punca mereka bertindak menaikkan harga barangan sesuka hati. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution berkata, peniaga sepatutnya mengambil perhatian tentang perkara itu dengan memastikan tiada kenaikan harga terhadap barangan yang dikecualikan SST. “Ada kemungkinan berlaku kenaikan harga ke atas barangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga yang…

 
								 
											









