Ada berbincang dengan Bersatu, tapi bukan untuk sertainya - Zahidi - Utusan Malaysia

Ada berbincang dengan Bersatu, tapi bukan untuk sertainya – Zahidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengakui dia dan beberapa Ahli Parlimen UMNO ada mengadakan perbincangan dengan beberapa tokoh daripada Bersatu baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan perbincangan tersebut tertumpu kepada soal bertukar parti.

Menurut beliau, perkara yang dibincangkan lebih memberi tumpuan kepada bagaimana UMNO dan Bersatu dapat bekerjasama, bukannya untuk melompat parti.

“Kami berbincang mengenai kerjasama itu bagi mencari jalan untuk menyelamatkan UMNO, itu sahaja.

“Kami mahu menyelamatkan UMNO kerana parti ini banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penularan satu senarai 17 nama Ahli-ahli Parlimen UMNO yang didakwa berpotensi untuk melompat parti.

Nama Zahidi turut tersenarai dalam senarai tersebut.

Senarai nama itu mula tersebar sejak pengumuman keluar UMNO dibuat oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN