PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua lagi individu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Tabung Haji. Dua lagi individu tersebut ialah abang kepada Abdul Azeez iaitu, Abdul Latiff serta sepupu mereka yang juga seorang pengarah syarikat yang dikenali sebagai Nazri Osman, 36. Perintah reman selama…










