KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dalam kebanyakan majlis termasuk kenduri kahwin, penganjur biasanya menyediakan ruang mengambil gambar bagi pengunjung merakam kenangan. Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) tidak terkecuali daripada menyediakan kemudahan itu tetapi kali ini dalam medium yang boleh memberikan pengalaman berbeza menerusi mesin merakam gambar. Menerusi mesin itu pengunjung dapat melihat gambar yang dirakam disiarkan terus ke skrin besar yang boleh disaksikan ribuan pengunjung ke perhimpunan kali ini. Salah seorang pengunjung…










