SONG – Seramai 86 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas Rumah Panjang Bada Sungai Song yang didiami mereka musnah dalam kebakaran, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu, semua penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing berikutan api cepat merebak. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, rumah panjang berstruktur kekal satu tingkat itu musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan. Jelasnya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit…









