KUALA LUMPUR – Sebanyak 78,000 ekor tikus telah ditangkap di sekitar Kuala Lumpur menerusi kempen ‘1 tikus RM3’ yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tahun 2012. Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh memberitahu, ganjaran berjumlah RM170,000 telah diberi kepada mereka yang berjaya menangkap haiwan tersebut. Menurutnya, penyakit kencing tikus yang direkodkan di Kuala Lumpur setakat ini adalah sebanyak 64 kes manakala 160 kes direkodkan tahun lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya