PASIR MAS 5 Sept. – Seorang wanita warga Thailand dicekup bersama 5,982 biji pil kuda oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu di Kampung Jejulok, Rantau Panjang di sini pagi semalam. Wanita berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi oleh anggota PGA yang sedang menjalankan tugas penguatkuasaan risikan sempadan di kampung berkenaan. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, wanita berkenaan ditahan oleh anggota…










