54 pelajar diberi tajaan JPA - Utusan Malaysia

54 pelajar diberi tajaan JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Sept. – Kabinet bersetuju memberi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 54 pelajar dan daripada jumlah itu, 13 pelajar diberikan tajaan 80 peratus untuk melanjutkan pendidikan ke luar negara melibatkan dalam kalangan 10 universiti teratas dunia.

54 pelajar diberi tajaan JPA
 

Kalangan 10 universiti teratas dunia itu antaranya termasuk Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah berkata, baki 41 pelajar pula diberikan biasiswa penuh di universiti awam atau swasta dalam negara.

“Sebelum ini pada 2016 kita tidak teruskan kerana ada kekangan kewangan jadi kita banyak letakkan pelajar-pelajar ini ke dalam negara untuk meneruskan pendidikan mereka.

“Tapi apabila dilihat keadaan sekarang ini, yang telah melalui proses ini kita boleh berikan dan ini telah pun diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program My Best Buy FAMA@ JPA4U Bersama KPPA 2018, di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini, 63 pelajar tersebut memohon biasiswa daripada JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara.

Mereka telah menyerahkan petisyen tiga bulan lepas dan dimaklumkan mereka perlu menunggu bagi kertas laporan dibentangkan kepada Kabinet.

Pelajar itu bagaimanapun dilaporkan tidak menerima sebarang maklum balas daripada JPA, selepas jabatan itu menyatakan pihaknya sedang menunggu untuk membentangkan kertas laporan kepada Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN