5 cedera bas ekspres terbalik - Utusan Malaysia

5 cedera bas ekspres terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Sept. – Seorang pemandu bas ekspres dan empat penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan lalu terbalik di Kilometer 89.1 Lebuh Raya Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden KS Mender Singh berkata, kejadian pukul 1.20 pagi itu berlaku ketika bas dinaiki 16 penumpang dalam perjalanan dari bandar raya ini ke Kuala Lumpur.

“Bas dipandu lelaki 27 tahun itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik sewaktu melalui kawasan berkenaan hingga menyebabkan pemandu dan empat penumpang mengalami kecederaan.

“Sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah sama yang gagal mengelak kemalangan turut terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. 

Katanya, kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat untuk menerima rawatan manakala 11 lagi penumpang hanya mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN