PUTRAJAYA – Kumpulan terakhir seramai 492 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini, hari ini. Lembaga Tabung Haji (TH), dalam kenyataan berkata, penerbangan FLYNAS XY7710 yang membawa kumpulan terakhir itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah dan tiba di tanah air awal pagi ini. Susulan ketibaan kumpulan terakhir tersebut, TH telah menamatkan operasi bagi musim haji 1439H/2018M. Menurut lembaga…










