KANGAR – Cubaan tiga lelaki menggunakan jalan laut untuk menyeludup 435 ekor haiwan eksotik dan unggas termasuk dua ekor anak Orang Utan terbongkar apabila kapal tongkang dinaiki mereka ditahan di perairan Pulau Langkawi-Kuala Perlis di sini awal pagi semalam. Ketiga-tiga suspek warga Indonesia berusia 40 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.25 pagi oleh anggota dari cawangan Penguatkuasaan Kastam Marin Kuala Perlis ketika sedang membuat rondaan di perairan Malaysia-Thailand. Difahamkan, kesemua haiwan itu dipercayai dibawa dari Sumatera untuk diseludup ke negara Thailand untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ketua Pengarah Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya