PALU, Indonesia 29 Sept. – Sekurang-kurangnya 384 orang terkorban dan ratusan lagi hilang selepas gempa bumi yang mencetuskan tsunami melanda pulau Sulawesi semalam, selain hospital bertungkus-lumus merawat beratus-ratus mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut. Pihak berkuasa menyatakan jumlah korban tersebut diperoleh berdasarkan laporan perubatan namun menjangkakan angka itu akan terus meningkat dalam masa terdekat dengan 356 orang cedera. Menurut laporan tempatan, banyak mayat bergelimpangan di atas tanah berhampiran pantai di…










