KUALA LUMPUR – Tiga individu berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan manakala 14 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban arah selatan berhampiran Serdang awal pagi tadi. Ketua Operasi, Inspektor Firdaus Syafiq Abu Talib berkata, kesemua suspek telah ditahan melalui hasil risikan dan pemantauan yang menunjukkan mereka menunggang secara melulu serta berbahaya dari plaza tol Sungai Besi sehingga ke susur keluar Universiti…










