KUALA NERUS 19 Sept. – Seramai 2,710 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Zon Pantai Timur Kali Ketiga yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini. Mereka termasuklah kalangan graduan program Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Pemesinan Industri, Diploma Teknologi Mekatronik, Diploma Teknologi Plastik, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Teknologi Pembinaan dan Diploma Seni Kulinari. Mereka merupakan kalangan 14,273 graduan melibatkan…










