20,000 liter petrol RON95 dirampas - Utusan Malaysia

20,000 liter petrol RON95 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 12 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kubang Pasu berjaya merampas kira-kira 20,000 liter petrol RON95 yang dianggar bernilai RM44,000 dalam satu serbuan di sebuah stor di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam pagi tadi.

Ketuanya, Mohamad Amir Abdullah berkata, serbuan pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu dilakukan selepas melakukan risikan selama dua minggu hasil maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan pengumpulan dan penjualan petrol tidak berlesen di stor berkenaan.

“Kami terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk memanggil pekerja di stor berkenaan untuk membuka pintu pagar yang berkunci. Pemeriksaan di stor terbabit mendapati terdapat dua tangki menyimpan kira-kira 20,000 liter pertrol bersubsidi.

“Berdasarkan siasatan awal terhadap seorang pekerja tempatan berusia 25 tahun di stor berkenaan, petrol bersubsidi tersebut dijual kepada kenderaan jenis pikap dari negara jiran iaitu Thailand pada harga RM2.30 seliter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohamad Amir, dipercayai bahan api tersebut diperoleh daripada pemborong di negeri ini dan Pulau Pinang pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran pada masa ini iaitu RM2.20 atau sindiket yang membelinya di stesen-stesen minyak.

“Hasil siasatan awal juga mendapati stor yang menjadi pusat pengumpulan dan penjualan petrol RON95 itu sudah beroperasi kira-kira setahun setengah mempunyai waktu operasi tertentu dan turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi melindungi aktiviti haram tersebut dihidu pihak berkuasa.

“Selain merampas bahan api tersebut, kita juga menahan pekerja lelaki tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN