YANGON 3 Sept. – Seorang hakim Myanmar hari ini mendapati dua wartawan agensi berita Reuters bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi dan menjatuhi mereka hukuman penjara selama tujuh tahun. Kes itu mengundang kemarahan dan bantahan masyarakat antarabangsa kerana menyerang kebebasan media terutamanya dalam menyekat laporan tentang kezaliman tentera ke atas etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine. Hakim mahkamah daerah di utara Yangon, Ye Lwin berkata, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe…










