BATU GAJAH – Dua orang maut selepas beberapa ketul bongkah batu pembahagi jalan tercampak masuk ke dalam sebuah bas ekspres dua tingkat dalam satu kemalangan di Kilometer 12.5 Lebuh Raya Ipoh-Lumut menghala ke Lumut di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, bas berkenaan terlebih dulu terbabas melanggar kira-kira 14 bongkah batu pembahagi jalan di lokasi kejadian sebelum rempuhan kuat tersebut menyebabkan beberapa ketul batu besar terbang…

 
								 
											









