KOTA BHARU – Seramai 1,055 peserta menyertai acara ‘Kelantan Subaru Fun Ride 2018’ sejauh 35 kilometer anjuran Subaru Mayazia Motorsport di perkarangan Aeon Mall, di sini hari ini. Pengarah Urusan Syarikat Mayazia Auto Sdn. Bhd., Datuk Kisham @ Khairul Othman berkata, penganjuran julung kali itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “Pada awalnya kita hanya membuka kepada 500 penyertaan sahaja namun kita terpaksa membuka lebih lagi penyertaan selepas ramai pihak…










