PARIS – Kanser akan membunuh hampir 10 juta orang pada tahun ini, kata pakar-pakar semalam sambil memberi amaran, bebanan global akibat penyakit berkenaan meningkat di sebalik kaedah pencegahan yang lebih baik dan diagnosis awal. Anggaran 18.1 juta kes kanser baharu diramalkan di seluruh dunia pada tahun ini bersama 9.6 kematian, demikian menurut laporan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC). Angka tersebut meningkat daripada anggaran 14.1 juta kes baharu kanser dan…









