SEPULUH tahun mengabdikan diri dalam industri hiburan dengan platform asasnya adalah seorang pelawak, Zizan Razak sudah boleh tersenyum bangga melihat kejayaannya sendiri. Selepas bersusah payah membina nama dan paling utama sehabis daya mencuba mengekalkan kedudukannya dalam industri, Zizan bagaimanapun sedar akan tiba satu hari di mana barangkali dirinya akan dipandang sepi dalam dunia hiburan. Ia satu hal yang tidak mustahil memandangkan lumrah dunia seni, sentiasa akan ada pelapis baharu yang…










