LONDON 15 Ogos – Zinedine Zidane berminat untuk menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris, musim depan dan mengikuti perkembangan semasa Jose Mourinho di Manchester United, menurut laporan di Perancis. Jurulatih berusia 46 tahun itu buat masa ini tidak menggalas sebarang tanggungjawab apabila meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid, Mei lalu, hanya lima hari selepas membawa kelab tersebut menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut. Zidane turut menjulang gelaran La Liga bersama…










