KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Penasihat Negara dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana BR1M adalah idea Bank Negara dan Gabenor pada ketika itu…










