Zaman itu indah sekali kitalah pelukis pelakonnya di kocek meski tiada wang bahagia sampai ke petang. Zaman itu buah-buahan mewah di kebun datuk ikan dipancing uwan makmurnya kehidupan. Zaman itu kitalah pelukis dan pelakonnya mengukir warna hidup berlakon di pentas hidup. Zaman remaja dan bujang hidup senang-lenang tiada tanggungjawab hati jiwa kita lapang. Zaman itu kitalah hero di jalanan bersama kawan-kawan tiada dengki hasad niat untuk berlawan. …