KETIKA Zahirah Macwilson menjalani penggambaran drama bersiri Jangan Benci Cintaku, dramatis berusia 23 tahun itu tidak pernah menyangka naskhah adaptasi novel berjudul sama tersebut bakal meraih perhatian khalayak. Menurut Zahirah atau nama penuhnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol, baik barisan pelakon lain mahupun kru produksi, masing-masing enggan meletakkan sebarang harapan, apatah lagi keyakinan yang tinggi terhadap drama bersiri berkenaan. “Ketika menjalani penggambaran drama ini, tidak ada seorang pun yang berani meletakkan…










