KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kementerian Kesihatan digesa supaya mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di premis pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak untuk mengelakkan penularan wabak penyakit itu menjadi semakin tidak terkawal. Ketua Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Azlin Muhammad Yasin berkata, antara premis yang wajib untuk mengikuti SOP tersebut adalah yang mempunyai kes wabak itu…










