Willian kekal, Courtois masih samar – Sarri - Utusan Malaysia

Willian kekal, Courtois masih samar – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata, beliau sa­ngat yakin bahawa Willian akan terus kekal bersama kelab itu pada musim ini.

Bagaimanapun, Sarri mengakui masa depan Thi­baut Courtois bergantung kepada keputusan peribadi penjaga gol The Blues itu.

Willian lewat me­nyertai sesi latihan pramusim bersama Chelsea selepas mendakwa menghadapi masalah visa ketika kembali dari Brazil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang itu telah dikaitkan dengan Manchester United dan Barcelona tetapi Sarri me­ngakui tidak bimbang dengan situasi Willian bersama pasukan bimbingannya.

“Saya telah bercakap dengannya semalam (kelmarin) me­ngenai perkara ini (pulang lewat menyertai pasukan).

“Ia menjadi satu perbualan cukup positif dan saya sangat gembira kerana itu bukan sebahagian daripada masalah Willian,” kata Sarri pada sidang akhbar Piala Perisai Komuniti menentang Manchester City, semalam.

Ketika ditanya ada­kah beliau menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu akan menjadi ­sebaha­gi­­an daripada pe­rancangannya, Sarri mengakui Willian sangat pen­ting untuk Chelsea.

“Sudah pasti dan saya sangat yakin Chelsea memerlukan Willian,” jelasnya.

Namun, Sarri tidak pasti dengan masa depan Courtois yang dikaitkan dengan spekulasi menyer­tai kelab gergasi Sepa­nyol, Real Madrid.

“Buat masa ini Courtois adalah penjaga gol Chelsea. Saya tidak tahu masa depan. Ia bergantung kepada kelab dan ia bergantung kepada Courtois sendiri tetapi saya berharap dia akan terus kekal bersama kami,” ujarnya.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini