ATLET renang negara, Welson Sim Wee Sheng, 21, menjadi fenomena di media sosial kerana mempunyai peminat fanatik tersendiri sama seperti kehebatan Putera Abdul Mateen Sultan Bolkiah di gelanggang polo. Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu bukanlah nama baharu dalam sukan renang kerana dia telah melibatkan diri dalam sukan renang seawal usianya 10 tahun. Tumpuan yang diberikan cukup hebat kerana dia bukan sahaja sering memenangi pelbagai pertandingan bahkan turut mencipta rekod temasya…










