IPOH 21 Ogos – Seorang wanita warga emas ditipu lebih RM180,000 apabila mendakwa telah diminta untuk memindahkan wang dalam akaun banknya oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis Balai Polis Jelutong. Mangsa, Ang Tiah Cheen, 66, dari Kampung Simee mendakwa, pada Rabu lalu, dia menerima panggilan telefon dari sebuah bank yang menuntut bayaran pinjaman RM50,000 yang didakwa pernah dilakukannya sebelum ini di Pulau Pinang. Menurut Tiah Cheen, panggilan itu kemudiannya…










