BALING 31 Julai – Seorang warga emas wanita cedera ditumbuk penyamun sebelum rantai lehernya dilarikan lelaki bertopeng di rumahnya di Kampung Ulu Bakai, Malau, Kulim semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Ramlah Mehad, 79, difahamkan tinggal bersendirian ketika rumahnya dimasuki penyamun tersebut. Ketua Polis Daerah, Superintenden Shariffudin Mohd. Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa baru selesai solat telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali sebelum rantai lehernya diragut. “Mangsa yang cuba melawan telah ditumbuk suspek yang memakai topeng berwarna gelap dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Suspek kemudian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya