KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seorang wanita maut diseret keretanya sendiri kira-kira 10 meter selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian arah Kajang, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, siasatan awal mendapati kejadian…










