Wanita ditemukan mati, dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan mati, dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 2 Ogos – Seorang wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di rumah sewanya di Jalan Tiong Hua, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemukan rakan sekerjanya yang pergi ke rumah itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner

Memuatkan artikel berkaitan…

Stanley Jonathan Ringgit berkata, rakan mangsa tersebut yang panik melihat keadaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

“Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemukan mati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

“Ketika ini pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×