KUALA LUMPUR – Dramatis terkenal, Wan Maimunah merayu kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran berita palsu kononnya dia sudah meninggal dunia. Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Abdul Aziz, 63, dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak hari Ahad lalu akibat mengalami masalah pernafasan dan terkena jangkitan kuman di bahagian paru-paru. “Kepada sesiapa yang suka membuat fitnah, tolonglah (hentikan penyebaran berita palsu). Bukan sahaja menyusahkan saya, malah seluruh ahli keluarga…










