Wan Azizah ucap takziah kepada keluarga Mahadzir Lokman - Utusan Malaysia

Wan Azizah ucap takziah kepada keluarga Mahadzir Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan takziah kepada keluarga ikon penyiaran negara Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia semalam.

“Salam takziah kepada keluarga ikon penyiaran negara, Datuk Mahadzir Lokman. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Jenazah Allahyarham Mahadzir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira pukul 10.10 pagi. 

Allahyarham Mahadzir, 61, yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 pagi semalam dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapinya pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru. 

Mahadzir memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita bahasa Malaysia dan Inggeris pertama di stesen TV3, pada tahun 1984 dan pernah menjadi pengacara pertama bagi beberapa program televisyen terbitan stesen itu, antaranya Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini dan Melodi. 

Allahyarham kerap diundang sebagai pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa kerana kefasihannya bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol dan Itali. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN