KUALA LUMPUR 15 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai menteri Kabinet paling popular, hasil tinjauan firma penyelidikan Merdeka Center, lapor portal Malaysiakini hari ini. Sebanyak 75 peratus responden menyatakan berpuas hati dengan prestasi beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala hanya 16 peratus menyatakan sebaliknya. Hal ini kerana menurut portal tersebut, Dr. Wan Azizah menerima 71 peratus sokongan daripada responden Melayu dan 84 peratus sokongan responden bukan Melayu, menjadikan beliau sebagai menteri Kabinet paling popular merentasi semua kaum.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya