KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sanggup memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diminta untuk melepaskan kerusi yang disandangnya itu. Beliau berpandangan, Anwar yang dianggap menjadi mangsa politik berhak diberi peluang itu. Walau bagaimanapun, William menafikan tahu tentang perkara itu serta mengesahkan tiada perbincangan lanjut berhubung kerusi Parlimen Selayang antara beliau dan Anwar. “Perkara ini tidak wujud dan tiada perbincangan…