[VIDEO] Turun awal dari puncak Rinjani selamatkan pendaki Malaysia - Utusan Malaysia

[VIDEO] Turun awal dari puncak Rinjani selamatkan pendaki Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 2 Ogos- Rancangan memendekkan masa ketika berada di puncak Gunung Rinjani di Lombok Timur, Indonesia menyelamatkan kumpulan Hicking Love Adventure and Nature (Hilo Adna) daripada ditimpa kejadian lebih buruk.

Mangsa yang terselamat, Haziq Wafiy Mohd. Azman, 26, berkata, kumpulan yang terdiri daripada 18 pendaki itu berada di puncak gunung terbabit sehingga 29 Julai namun, semua sepakat untuk turun awal sehari iaitu pada Sabtu untuk berehat di pekan Lombok.

Beliau berkata, ketika gempa bumi berlaku pada pukul 6.30 pagi, semua ahli kumpulan sedang berkemas untuk keluar daripada rumah penginapan di Desa Sajang Sembalun dan kejadian itu berlaku begitu pantas dengan gegaran yang amat kuat.

“Gegaran menyebabkan rumah yang kami menginap runtuh, ahli kumpulan yang berada di ruang tamu dan bahagian pintu sempat menyelamatkan diri namun mereka yang berada dalam bilik terperangkap di bawah runtuhan batu.

“Ada diantara rakan yang terselamat mendengar suara meminta tolong dari dalam rumah dan suara terbabit hanya sayup sayup sahaja,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bersama 13 lagi ahli kumpulannya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN