[VIDEO] Tiga kematian ADUN ujian besar PH - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tiga kematian ADUN ujian besar PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 3 Ogos – Tiga kematian berturut-turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor merupakan ujian besar buat Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya terpaksa melalui tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Sekarang kita perlu buatkan persiapan untuk satu lagi PRK.

“Kita merasa sedih atas kehilangan beliau selaku Exco Kerajaan Selangor, kita mendoakan agar roh beliau diberikan rahmat dan keredaan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui penberita selepas menziarah jenazah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis Sungai Merab di sini hari ini.

Shaharuddin, 56, yang juga ADUN Seri Setia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.28 petang semalam di Hospital Putrajaya.

Pada Isnin lalu, Shaharuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dipercayai menghidap kanser kolon dilaporkan tenat tetapi berita itu nafikan oleh ahli keluarganya. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN