PUTRAJAYA 28 Ogos- Seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.05 pagi bagi mendapatkan perintah reman. Kesemua suspek lelaki yang berumur di antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka ditahan…










