KUCHING 26 Ogos – Seorang belia yang mengalami patah tulang belakang sejak dua tahun lalu kelihatan gembira setelah menyertai sesi percubaan menyelam skuba sebagai hidroterapi di sini sebentar tadi. Freddick yang difahamkan menjadi individu pertama bukan hanya di Sarawak malah Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia diperkenalkan dengan menyelam skuba khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Diveheart yang ditaja Premier Marine & Scuba Centre. Menurut…










